Thursday, August 18, 2022

Belajar Berkebun (Persediaan Masa Pencen)

Sebagai persediaan apabila pencen nanti aku telah membeli sebidang  tanah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan seperti rambutan, langsat cempedak, dan beberapa jenis pokok buah lagi. Tanah yang aku beli ini tidaklah luas, hanya 1.7 ekar saja. Aku bercadang untuk mengerjakan tanah ini dengan memelihara pokok-pokok buah yang sedia ada. Walaubagaimanapun aku akan menebang beberapa pokok buah yang terlalu tinggi dan membuat tanaman semula. Selain daripada itu aku juga akan menternak ikan dan beberapa jenis haiwan ternakan.

Oleh kerana kebun ini sudah lama tidak terjaga aku terpaksa membersihkan kawasan kebun ini peringkat demi peringkat. Untuk melihat kerja-kerja pembersihan yang aku lakukan, bolehlah lawati Channel YouTube aku "Naji Naridin"